perasaan suka seseorang memang sudah terbiasa dalam kalangan remaja.Tetapi,ada sebahagian lelaki yang pendam perasaannya terhadap seseorang kerana takut wanita yang disukainya tidak terima.Jadi mereka terus mendiamkan diri dan hanya melihat dari jarak jauh....
cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Hafiz yang berasal dari kampung cameron(petik jerr).Beliau adalah pelajar baru dalam bidang pelancongan di Kolej Yayasan Pahang,Kuantan.Pada suatu hari,Hafiz telah pergi ke kelas pelancongan.Ini adalah kali pertama Hafiz masuk ke kelas pelancongan.pensyarah yang bernama Miss Illy telah memperkenal Hafiz kepada pelajarnya.Hafiz memperknalkan dirinya dengan begitu peramah sekali
sebaik sahaja memperkenalkan dirinya,pensyarah menyuruh Hafiz duduk di sebelah perempuan yang bernama Fira.Fira seorang ceria dan comel sehinggalah lelaki lain tertarik kepada dia termasuklah Hafiz.Tetapi,Hafiz simpan perasaan terhadap Fira kerana Hafiz takut jika Fira ada teman lelaki dan menganggap kawan biasa sahaja.Selepas Hafiz duduk disebelah Fira,fira bertegur Hafiz dengan begitu manis sekali sehingga Hafiz tersipu malu.
selepas tamat kelas,kawan Fira mengajak Fira pergi makan tengah hari bersama mereka.Fira pon terima ajakan kawanya dan mempelawa hafiz sekali.Hafiz menjawab dengan hati gugup "err..err..tak apalah,saya ada kerja sekejap...awak pergilah dulu"lalu Fira pon berkata"tak apa ke tinggal awak sorang-sorang ni?".Hafiz pon mengganguk kepalanya yang bermakna ya."ok,nanti jumpa lagi yer"ujar Fira sambil senyum manis.Fira pon berlalu pergi meninggalkan hafiz.
selepas sahaja Fira pergi, seorang pelajar lelaki mendekati hafiz dan salah satu pelajar lelaki itu berkata"woi,kau budak barukan??".Hafiz berkata"haah,kenapa?".salah satu leklaki berpakaian kemeja merah berkata"aku tak nak kau dekat Fira lepas ni".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan